Sunday 13 May 2012

Nota KHB Tingkatan 1: Tanaman Hiasan


PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG
·         merupakan cara yang paling mudah dilakukan untuk menghasilkan pokok baru dengan banyak dan cepat.
·         contoh pokok yang biasa dibiak secara keratan batang ialah;
1.      bunga raya (hibiscus)
2.      bunga kertas (bougainvillea)
3.      bunga puding (codiaeum)
4.      ati-ati (coleus)
5.      bunga siantan (ixora)
Menyediakan Medium Semaian
·         medium semaian keratan batang boleh dilakukan dengan menyediakan campuran 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai (2:1:1).
Jenis Keratan Batang
·         terdapat 3 jenis, iaitu;
1.      keratan kayu lembut
2.      keratan kayu sederhana keras
3.      keratan kayu keras
·         pemilihan jenis keratan bergantung kepada spesies pokok yang hendak dibiakan.
Memilih Pokok Hiasan yang Boleh Dibiak Melalui Keratan Batang
·         keratan kayu lembut   ------   jejari hantu (alternanthera elliptica), ati-ati  (coleus)
·         keratan kayu sederhana lembut   ----   bunga raya (hibiscus), bunga puding (codiaeum)
·         keratan kayu keras   ------   pokok angsana (pterocarpus indikus), bunga kertas (bougainvillea)
Menjaga Keratan Batang di Tapak Semaian
·         keratan batang biasanya mengambil masa beberapa minggu untuk berakar.
·         keadaan ini bergantung kepada kelembapan medium yang boleh dikekalkan dengan menyiramnya atau menutup bekas semaian dengan plastik.
·         rumpai yang tumbuh perlu dicabut dan dibuang dari bekas semaian.
Penanaman Anak Pokok
Medium Penanaman 
·         keratan yang sudah berakar perlu dipindahkan ke dalam beg politena atau pasu untuk tujuan pembesaran.
·         medium penanaman yang sesuai untuk tujuan ini ialah medium penanaman John Innes Potting Compost (JIP) 7:3:2.
·         nisbah 7:3:2 terdiri daripada 7 bahagian tanah loam, 3 bahagian bahan organik dan 2 bahagian pasir sungai.
·         medium penanaman juga boleh disediakan dengan campuran bahan 3:2:1
Penjagaan Anak Pokok
Merumput
·         ialah aktiviti membuang rumpai yang tumbuh bersama tanaman hiasan.
·         dilakukan untuk mengelakkan persaingan antara anak pokok dengan rumpai mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang.
·         merumput dapat memusnahkan tempat pembiakan perosak atau agen penyakit.
Menggembur 
·          dilakukan apabila medium keras.
·         dilakukan untuk membolehkan air menyerap dan membaiki pengudaraan tanah.
·         menggunakan serampang tangan.
Membaja
·         kerja membekalkan nutrien kepada anak pokok.
·         dilakukan selepas 2 hingga 4 minggu mengubah.
·         baja sebatian mengandungi unsur nitrogen (N), fosforus (P),  dan kalium (K).
·         pokok berbunga sesuai dibaja menggunakan baja yang mengandungi unsur fosforus dan kalium yang lebih tinggi.
·         membaja diulangi dalam jangka masa 2 hingga 3 minggu.
Menyiram 
·         dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari kerana air dalam bekas terhad.
·         gunakan bekas penyiram bermuncung yang mempunyai lubang halus.

No comments:

Post a Comment