Sunday 13 May 2012

BAB 4 KERJA PAIP


BAB 4 KERJA PAIP

Sistem bekalan air di rumah:
a. Sistem terus →
membekalkan air terus dari paip perkhidmatan ke semua pili.
b. Sistem tidak terus →
membekalkan air ke tangki simpanan air yang akan menyalurkannya semula kepada pili di dalam rumah.
Paip Bekalan Air
Paip Perhubungan
menghubungkan paip utama dengan meter air.
Paip Perkhidmatan
menghubungkan meter air ke tangki simpanan air dan pili dapur.
Paip Agihan
mengagihkan air dari tangki simpanan air ke kelengkapanperpaipan di rumah.
Menggunakan paip jenis BG atau PVC
Paip Cuci
Dipasang di dasar tangki Berfungsi untuk menyalur air keluar semasa kerja pembersihan tangki dijalankan
Paip Limpah
Dipasang tinggi sedikit dari aras penuh tangki simpanan air
Bersaiz lebih besar sedikit dari paip perkhidmatan
Menyalurkan air jika berlaku limpahan air apabila injapbebola rosak.

Tangki Simpanan Air
·         Fungsi: menyimpan air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan lain di rumah.
·         Terletak di atas bilik air dan bertutup untuk mengelakkan pencemaran.
·         Menerima air dari paip perkhidmatan dan dikawal oleh injap bebola serta pelampung.
·         Ia diperbuat daripada bahan kepingan galvani, gentian kaca atau poli.
·         Muatan tangki biasanya antara 140 liter hingga 450 liter.
Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan Paip
Jenis Paip
1. Paip besi bergalvani (BG)
· Diperbuat daripada keluli yang bersadur dengan zink.
· Saiz paip BG ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip
· Saiz yang biasa untuk kegunaan di rumah ialah 13mm dan 20 m dengan panjang 6 meter.
· Untuk kegunaan perpaipan industri dan loji pula, saiz yang biasa digunakan ialah 25 mm, 32 mm, 38 mm dan 50 mm.
· Hujung paip BG diulir untuk tujuan penyambungan dan pemasangan.
Gred
Ketebalan
Kod warna
Kegunaan
A
Nipis
Perang
Paip Limpah
B
Sederhana
Biru
Paip Agihan
C
Tebal
Merah
Paip perhubungan dan paip perkhidmatan
2. Paip polivinil klorida (PVC)
· Diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC)
· Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah
· Ringan dan mudah dikendalikan tetapi tidak sesuai untuk menyalurkan air panas.
· Saiz paip PVC di pasaran ialah 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 50 mm.
· Panjang piawaian paip PVC ialah 6 m.


Bersambung              

1 comment:

Post a Comment