TANGKI SIMBAH
·
terdapat 2 jenis
tangki simbah
·
tangki simbah aras
tinggi dipasang 2 meter dari paras lantai
·
tangki simbah aras rendah
dipasang 1 meter dari paras lantai
·
digunakan untuk
menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar melalui paip simbah untuk membersihkan mangkuk tandas
·
diperbuat daripada
plastik atau tembikar
·
boleh menyimpan air sehingga 9 liter
tangki
simbah aras rendah dan tangki simbah aras tinggi
BAHAGIAN UTAMA DAN FUNGSI TANGKI SIMBAH
1. Paip alur
masuk (paip agihan)
·
membekalkan air masuk
ke dalam tangki simbah.
2. Paip alur keluar (paip
simbah)
·
menyalurkan air keluar
dari tangki simbah untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk tandas.
3. Paip limpah
·
menyalurkan air keluar
dari tangki simbah jika berlaku kerosakan pada injap bebola atau pelampung.
4. Injap
bebola
·
mengawal kemasukan air
ke dalam tangki simbah.
5. Pelampung
·
terapung di atas
permukaan air akan bergerak bersama paras air. Pelampung mengawal paras air dengan menutup dan membuka injap bebola
melalui lengan pelampung. Lengan pelambung yang
bergerak ke atas menolak omboh dalam injap bebola.
6. Injap gegendang
·
mengawal air masuk ke
tiub sifon. apabila tuil tarik, injap gegendang akan naik dan membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk
tandas.
7. Tuil
tarik/tangkai pelepas
·
tuil tarik terdapat
diluar tangki simbah. apabila mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik untuk menyimbah air.
8. Tiub sifon
·
menyalurkan air ke
paip simbah
OPERASI TANGKI SIMBAH
MENGAWAL ARAS AIR DALAM
TANGKI SIMBAH
·
kedudukan injap bebola
perlu dilaraskan supaya air dalam tangki simbah tidak melebihi paras paip limpah dan melimpah keluar; paras air yang
terlalu rendah dan kekurangan air menyebabkan tangki tidak dapat melakukan proses simbahan.
PILI
·
digunakan untuk mengawal
pengaliran air keluar melalui batang paip.
·
diperbuat daripada
loyang (campuran kuprum dan zink), pili PVC dan pili bersadur kromium.
·
terdapat 2
jenis pili iaitu pili berbibir dan pili
bertiang.
PILI BERBIBIR
·
alur masuk mendatar.
·
biasa digunakan pada
tab mandi dan singki di dapur.
PILI BERTIANG
·
alur masuk menegak.
·
biasa dipasang pada
tab mandi dan singki jenis tembikar.
bersambung...
No comments:
Post a Comment