Sunday 13 May 2012

Nota KHB Tingkatan 1: Kerja Paip 2


3. Paip Poli (HDPE)
  •          boleh dilentur dan tahan cuaca panas dan hujan.
  •          berwarna hitam, lebih kuat daripada PVC, tidak berkarat, ringan dan oleh digulung.
  •          ketebalan dalam satu saiz tetapi mempunyai diameter pelbagai.
  •          lebih mahal dan tidak boleh ditegakan.
  •          apabila penyambungan dibuka, hujung paip perlu dipotong kerana terdapat kesan pencengkam pada hujung paip itu.
  •          boleh dipotong menggunakan pemotong paip PVC atau gergaji.
  •          penyambungan tidak memerlukan glu kerana terdapat sleeve dalam penutup untuk mencengkam paip poli di dalam sleeve terdapat gelang getah.



Paip Poli Penyambung Paip Poli

Penyambung Paip






  


Bahan Pemasangan Paip
1. Pita PTFE



  •      untuk sambungan paip yang berulir.
  •          dililit pada ulir mengikut arah pusingan jam sebelum penyambung dipasang pada paip.







2. Glu Paip PVC (simen pelarut)
  •         bahan perekat cecair yang dijual dalam tin.
  •          disapu pada paip atau pemyambung PVC yang tidak berulir sebelum pemasangan dilakukan.






JENIS DAN KELENGKAPAN PAIP
Alatan Tangan

Pita pengukur







  •   digunakan untuk mengukur

Gergaji besi
  •          untuk memotong paip PVC dan paip besi bergalvani
  •         mempunyai bingkai yang boleh dilaraskan bagi saiz mata gergaji yang berlainan ukuran.

Pemotong paip beroda
  •          memotong paip besi bergalvani dengan tepat dan cepat

Ragum paip yoke
  •          memegang dan mengapit batang paip besi bergalvani supaya tidak bergerak semasa memotong, mengulir dan melakukan kerja-kerja pemasangan.

Kikir bulat
  •          untuk membuang gerigis di dalam hujunh paip selepas dipotong

Kikir rata
  •          membuang gerigis luar pada hujung paip

Pemotong paip PVC/Poli
  •          untuk memotong paip PVC/poli dengan tepat dan cepat
  •          apit pemotong paip PVC/poli pada batang paip yang hendak dipotong dan pusing disekelilingnya tambah tekanan perlahan-lahan

Perengkuh Paip
  •          mencengkam dan memutarkan batang paip.
  •          rahangnya boleh dilaraskan untuk mencengkam batang paip
  •         tidak sesuai untuk melonggarkan atau mengetatkan bahagian kepala pili, nat atau penyambung yang tepinya rata

Sepana boleh laras
  •          melonggarkan atau mengetatkan nat pada pili dan penyambung.
  •         rahangnya boleh dilaraskan untuk disesuaikan dengan saiz benda kerja

Playar cengkam seribu
  •          mencengkam batang paip dan mengetatkan penutup penyambung poli semasa menjalankan kerja pemasangan paip poli


bersambung....

Nota KHB Tingkatan 1: Kerja Paip 3


TANGKI SIMBAH
·         terdapat 2 jenis tangki simbah
·         tangki simbah aras tinggi dipasang 2 meter dari paras lantai
·         tangki simbah aras rendah dipasang 1 meter dari paras lantai
·         digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar melalui paip simbah untuk membersihkan mangkuk tandas
·         diperbuat daripada plastik atau tembikar
·         boleh menyimpan air sehingga 9 liter

  
tangki simbah aras rendah dan tangki simbah aras tinggi


BAHAGIAN UTAMA DAN FUNGSI TANGKI SIMBAH


1. Paip alur masuk (paip agihan)
·         membekalkan air masuk ke dalam tangki simbah.
2. Paip alur keluar (paip simbah)
·         menyalurkan air keluar dari tangki simbah untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk tandas.
3. Paip limpah
·         menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku kerosakan pada injap bebola atau pelampung.
4. Injap bebola
·         mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.
5. Pelampung
·         terapung di atas permukaan air akan bergerak bersama paras air. Pelampung mengawal paras air dengan menutup dan membuka injap bebola melalui lengan pelampung. Lengan pelambung yang bergerak ke atas menolak omboh dalam injap bebola.
6. Injap gegendang
·         mengawal air masuk ke tiub sifon. apabila tuil tarik, injap gegendang akan naik dan membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.
7. Tuil tarik/tangkai pelepas
·         tuil tarik terdapat diluar tangki simbah. apabila mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik untuk menyimbah air.
8. Tiub sifon
·         menyalurkan air ke paip simbah


OPERASI TANGKI SIMBAH






MENGAWAL ARAS AIR DALAM TANGKI SIMBAH
·         kedudukan injap bebola perlu dilaraskan supaya air dalam tangki simbah tidak melebihi paras paip limpah dan melimpah keluar; paras air yang terlalu rendah dan kekurangan air menyebabkan tangki tidak dapat melakukan proses simbahan.


PILI
·         digunakan untuk mengawal pengaliran air keluar melalui batang paip.
·         diperbuat daripada loyang (campuran kuprum dan zink), pili PVC dan pili bersadur kromium.
·         terdapat 2 jenis pili iaitu pili berbibir dan pili bertiang.

PILI BERBIBIR
·         alur masuk mendatar.
·         biasa digunakan pada tab mandi dan singki di dapur.
PILI BERTIANG
·         alur masuk menegak.
·         biasa dipasang pada tab mandi dan singki jenis tembikar.

bersambung...

Nota KHB Tingkatan 1: Tanaman Hiasan


PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG
·         merupakan cara yang paling mudah dilakukan untuk menghasilkan pokok baru dengan banyak dan cepat.
·         contoh pokok yang biasa dibiak secara keratan batang ialah;
1.      bunga raya (hibiscus)
2.      bunga kertas (bougainvillea)
3.      bunga puding (codiaeum)
4.      ati-ati (coleus)
5.      bunga siantan (ixora)
Menyediakan Medium Semaian
·         medium semaian keratan batang boleh dilakukan dengan menyediakan campuran 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai (2:1:1).
Jenis Keratan Batang
·         terdapat 3 jenis, iaitu;
1.      keratan kayu lembut
2.      keratan kayu sederhana keras
3.      keratan kayu keras
·         pemilihan jenis keratan bergantung kepada spesies pokok yang hendak dibiakan.
Memilih Pokok Hiasan yang Boleh Dibiak Melalui Keratan Batang
·         keratan kayu lembut   ------   jejari hantu (alternanthera elliptica), ati-ati  (coleus)
·         keratan kayu sederhana lembut   ----   bunga raya (hibiscus), bunga puding (codiaeum)
·         keratan kayu keras   ------   pokok angsana (pterocarpus indikus), bunga kertas (bougainvillea)
Menjaga Keratan Batang di Tapak Semaian
·         keratan batang biasanya mengambil masa beberapa minggu untuk berakar.
·         keadaan ini bergantung kepada kelembapan medium yang boleh dikekalkan dengan menyiramnya atau menutup bekas semaian dengan plastik.
·         rumpai yang tumbuh perlu dicabut dan dibuang dari bekas semaian.
Penanaman Anak Pokok
Medium Penanaman 
·         keratan yang sudah berakar perlu dipindahkan ke dalam beg politena atau pasu untuk tujuan pembesaran.
·         medium penanaman yang sesuai untuk tujuan ini ialah medium penanaman John Innes Potting Compost (JIP) 7:3:2.
·         nisbah 7:3:2 terdiri daripada 7 bahagian tanah loam, 3 bahagian bahan organik dan 2 bahagian pasir sungai.
·         medium penanaman juga boleh disediakan dengan campuran bahan 3:2:1
Penjagaan Anak Pokok
Merumput
·         ialah aktiviti membuang rumpai yang tumbuh bersama tanaman hiasan.
·         dilakukan untuk mengelakkan persaingan antara anak pokok dengan rumpai mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang.
·         merumput dapat memusnahkan tempat pembiakan perosak atau agen penyakit.
Menggembur 
·          dilakukan apabila medium keras.
·         dilakukan untuk membolehkan air menyerap dan membaiki pengudaraan tanah.
·         menggunakan serampang tangan.
Membaja
·         kerja membekalkan nutrien kepada anak pokok.
·         dilakukan selepas 2 hingga 4 minggu mengubah.
·         baja sebatian mengandungi unsur nitrogen (N), fosforus (P),  dan kalium (K).
·         pokok berbunga sesuai dibaja menggunakan baja yang mengandungi unsur fosforus dan kalium yang lebih tinggi.
·         membaja diulangi dalam jangka masa 2 hingga 3 minggu.
Menyiram 
·         dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari kerana air dalam bekas terhad.
·         gunakan bekas penyiram bermuncung yang mempunyai lubang halus.

Nota KHB Tingkatan 1 : ERT


Mulai tahun 2012, mata pelajaran Kemahiran Hidup pilihan 2 iaitu Ekonomi Rumah Tangga akan mula dipelajari oleh kumpulan pelajar yang terpilih. Bagi pelajar yang terlibat dan semua pelajar yang berminat, bolehlah membaca nota-nota yang disediakan. SELAMAT MEMBACA!
BAB 7 : PEMAKANAN DAN PENGURUSAN SAJIAN
Diet Seimbang
·         ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kadar yang betul.

Faktor Utama Dalam Merancang Diet Seimbang
  1. Umur
  2. Jantina
  3. Saiz Badan
  4. Kesihatan
  5. Aktiviti dan Pekerjaan

Piramid Makanan
·         adalah panduan bagi pemilihan makanan secara sihat.
·         mengandungi 5 kumpulan zat makanan berasaskan kandungan zat dan fungsinya.




PERANCANGAN MENU

Menu
 ialah satu senarai hidangan yang lengkap untuk suatu sajian.

Tujuan
 merancang menu:
a) menyediakan sajian seimbang yang mengandungi semua nutrien.
b) menyediakan sajian yang berkhasiat, menarik dan menyelerakan.
c) menjimatkan masa, tenaga dan kos penyediaan sajian.
d) menyediakan sajian mengikut anggaran belanjawan yang ditetapkan.

Faktor yang mempengaruhi perancangan menu:
a) jenis hidangan 
b) kegemaran 
c) perbelanjaan 
d) sumber makanan semasa 
e) kemudahan fizikal
f) sumber tenaga dan masa
g) kepelbagaian

h) keperluan
PRINSIP MEMASAK
·         mengenakan haba sama ada haba kering atau haba lembap pada makanan yang dimasak.
Tujuan makanan dimasak:
a) membunuh kuman
b) melembutkan makanan agar mudah dimakan dan dihadam
c) memberi rasa dan rupa pada makanan
d) menjadikan makanan tahan lama
e) mempelbagaikan bentuk sajian

Kaedah Memasak
1. Haba Lembap
a) merebus 
b) mereneh 
c) mengukus
d) merendidih
e) mencelur


2. Haba Kering
a) mengril
b) menggoreng tanpa minyak
c) menggoreng minyak penuh
d) membakar
e) memanggang